Saturday, July 25, 2009

Kanser Paru-Paru

Barah Paru-paru

Barah paru-paru adalah pembunuh no 1 manusia.yang meningkat dari setahun ke setahun. Ini kerana paru-paru merupakan organ pada sistem pernafasan dan berhubungan dengan sistem peredaran darah. Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. barah tejadi apabila sel di bahagian paru-paru muncul pada bahagian organ paru-paru. barah paru-paru boleh dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu:-

  • karsinoma sel kecil - ia berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, kes ini lambat didiagnosiskan.

  • karsinoma sel bukan kecil - ia termasuk dalam karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma se besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma.

Faktor Risiko Mendapat barah Paru-paru

Antara faktor yang menyurus kepada penyakit barah paru-pari ialah:-

  • Merokok mahupun pendedahan pada asap rokok.- mereka yang menghisap rokok lebih mudah mendapat barah paru-paru di bandingkan dengan mereka yang menghisap cerut atau paip
  • Pendedahan pada bahan kimia. - Pendedahan pada bahan kimia seperti bahan kimia perindustrian boleh juga mambawa kepada penyakit barah paru-paru.
  • Selain itu, faktor ganetik juga boleh mempengaruhi penyakit ini.

Simptom barah Paru-paru

Tanda-tanda awal yang menunjukan seseorang itu berkemungkinan akan menghidap penyakit barah paru-paru ialah:-

  • Batuk berdarah
  • Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
  • Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
  • Suara menjadi kasar
  • badan menjadi lesu dan susut berat badan
  • sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang.

Untuk langkah pencegahan, anda digalakkan berhenti menghisap rokok kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk mendapat barah paru-paru selepas 10 tahun akan datang.


Punca barah Paru-paru

Menurut kajian tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya barah paru-paru. Kebanyakkan pesakit barah paru-paru adalah dari penghisap rokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan pendedahan pada bahan kimia juga turut meyumbang dalam penyakit barah paru-paru ini. Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca barah paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu.



dipetik dari www.thetole.org

Kanser Pangkal Rahim

Apa dia pangkal rahim?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?

Keabnormalan sel pangkal rahim

  • Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.

  • Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

  1. Squmous cell carcinoma
  2. Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

  3. Adenocarcinoma.
  4. Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.

  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim

  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim

  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.

Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid

  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.

  • Pendarahan selepas putus haid

  • Sakit semasa hubungan seksual

  • Penambahan lelehan dari faraj

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

  1. Ujian pap
  2. Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.

  3. Colposcopy
  4. Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.

  5. Biopsi
  6. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.

  7. Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy.
  8. Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

  9. Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT).
  10. Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X

  11. Magnetic Resonance Imaging
  12. Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?

Rawatan untuk dysplasia.

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

Rawatan untuk barah pangkal rahim.

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

  1. Pembedahan
  2. Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:

    • Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
    • LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
    • Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

  3. Radioterapi
  4. Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

  5. Kimoterapi
  6. Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.

    Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

  7. Rawatan paliatif
  8. Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

dipetik dari www.myhealth.gov.my

Kanser Usus Dan Dubur

Pengenalan

Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama dan dubur terdiri dari usus besar adalah kolon dan rectum 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia. Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera

Faktor Risiko

Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :

  • Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
  • Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser
  • Penyakit radangan usus : seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
  • Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
  • Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
  • Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
  • Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
  • Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
  • Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum.

Gejala

Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.

  • Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Kerap penat atau letih lesu
  • Perubahan habitat pembuangan najis.
  • Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
  • Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.

Diagnosa

Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rectum dan untuk mengesan samada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.

Sigmoidoskopi/ kolonoskopi
Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.

Biopsi

Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.

Ujian darah

Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.

Ujian imejan

  • CT scan - kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
  • Ultrasound - prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak kehati, atau organ lain.
  • X-ray - untuk kesan perebakan ke paru paru.

Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain. Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.

  • Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
  • Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
  • Tahap III : Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
  • Tahap IV : Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.

    Rawatan

    Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu

  • Pembedahan

    Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.

  • Terapi radiasi
Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan - letih lesu, ganguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.
  • Terapi kimo
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan - loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.

dipetik dari www.myhealth.gov.my

Thursday, July 23, 2009

Kanser Prostat

Pengenalan

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.

Prostate

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Komplikasi

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

  1. Usia
  2. Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.

  3. Sejarah keluarga
  4. Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

  5. Hormon
  6. Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala.

Gejala kanser prostat:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa

Diagnosa kanser prostat:

  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test - adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) - Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
  4. Biopsy - hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X'Ray.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI) - MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat kanser prostat:

  • Peringkat 1 Kanser (<5%)>
  • Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang

Rawatan.

Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.

  1. Pembedahan.
  2. Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.

    • Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
    • Transurethral Resection of Prostate (TURP) - kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.

  3. Radiation therapy


    • Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi X- ray untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau "fraction" mungkin diperlukan.

    Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:

    • Cirit birit atau gangguan fungsi usus
    • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
    • Letih lesu " Mati pucuk
    • Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit

  4. Terapi Hormon
  5. Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan "androgen" atau terapi pelucutan "androgen". Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.

  6. Kimoterapi
  7. Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.


    dipetik dari : www.myhealth.gov.my

Wednesday, July 15, 2009

Vitamin B17 - Terapi Alternatif Untuk Kanser / Barah

Sel Kanser Dibawah Mikroskop Elektron

Penggunaan amygdalin ( laetrile / vitamin B17) di dalam merawat kanser telah bermula dari tahun 1843, dan telah dilaporkan juga bahawa kaum China kuno telah menggunakan badam pahit dalam kandungan yang tinggi dalam merawat ketumbuhan lebih 3000 tahun yang lalu.

NATURAL SOURCE

Laetrile is not a miracle drug . It is simply a concentrated form of Nitriloside. Amygdalin (Laetrile/ Vitamin B17) is particularly prevalent in the seeds of those fruits in the Prunus Rosacea family (bitter almond, apricot, blackthorn, cherry, nectarine, peach and plum.) It is found in natural foods which contain nitriloside and has been used and studied extensively for well over 100 years. It is also contained in grasses, maize, sorghum, millet, cassava, linseed, apple seeds, and many other foods that, generally, have been deleted from the menus of modern civilization. Fruit kernels or seeds generally have other nutrients as well, some protein, unsaturated fatty protein, unsaturated fatty acids, and various minerals. The most common source of B17 is the apricot kernel and is present in about a 2-3 percent levels of concentration within the seed kernel.

CONTROVERSY

Vitamin B17 / Laetrile is probably one of the most controversial medical topics in the last 30 years. You may remember back in the 50's - mid 70's there was a lot hype in the medical world regarding a new natural cancer treatment that was discovered that killed cancer cells. This was the result of Dr Ernst Krebs findings and his research in a book called World Without Cancer.

How does B17 kill cancer?




Firstly we need to understand that our bodies use several enzymes to perform many tasks. Our body has one particular enzyme called Rhodanese which is found in large quantities throughout the body but is not present where ever there are cancer cells. Yet, where ever you find cancer in the body, you find another enzyme called Beta-Glucosidase. So, we have the enzyme Rhodanese found everywhere in the body except at the cancer cells, and we have the enzyme Beta-Glucosidase found in very large quantities only at the cancer cell but not found anywhere else in the body. If there is no cancer in the body there is no enzyme Beta-Glucosidase.

Now the following is what scares most people. You see, Vitamin B17 is made up of 2 parts glucose, 1 part Hydrogen Cyanide and 1 part Benzaldehyde(analgesic/painkiller). So its very important you understand the following: When B17 is introduced to the body, it is broken down by the enzyme Rhodanese. The Rhodanese breaks the Hydrogen Cyanide and Benzaldehyde down into 2 by-products, Thiocyanate and Benzoic acid which are beneficial in nourishing healthy cells and forms the metabolic pool production for vitamin B12. Any excess of these by-products is expelled in normal fashion from the body via urine. Vitamin B17 passes through your body and does not last longer than 80 minutes inside your body as a result of the Rhodanese breaking it down. (Hydrogen Cyanide has been proven to be chemically inert and non toxic when taken as food or refined pharmaceutical such as laetrile. Sugar has be shown to be 20 times more toxic than B17 - see good & bad cyanide).

HERE IS THE GOOD PART - When the B17 comes into contact with cancer cells, there is no Rhodanese to break it down and neutrelise it but instead, only the enzyme Beta-Gucosidase is present in very large quantities. When B17 and Beta-Glucosidase come into contact with each other, a chemical reaction occurs and the Hydrogen Cyanide and Benzaldehyde combine synergistically to produce a poison which destroys and kills the cancer cells. This whole process is known as selective toxicity. Only the cancer cells are specifically targeted and destroyed. See the diagram above.

Foods Containing B17 (Nitrilosides)

Vitamin B-17 is one of the main sources of food in cultures such as the Eskimos, the Hunzas, the Abkasians and many more. Did you know that within these tribes there has never been a reported case of cancer? According to Dr. Krebs, we need a minimum of 100 mg of vitamin B-17 (the equivalent of about seven apricots seeds) too nearly guarantee a cancer free life. Foods that contain vitamin B-17 are as follows:

  • KERNELS OR SEEDS OF FRUIT: The highest concentration of vitamin B-17 to be found in nature, aside from bitter almonds. Apple, apricot, cherry, nectarine, peach, pear, plum, prune.

  • BEANS: broad (Vicia faba), burma, chickpeas, lentils (sprouted), lima, mung (sprouted), Rangoon, scarlet runner.

  • NUTS: Bitter almond, macadamia, cashew.

  • BERRIES: Almost all wild berries. Blackberry, chokeberry, Christmas berry, cranberry, elderberry, raspberry, strawberry.

  • SEEDS: Chia, flax, sesame.

  • GRASSES: Acacia, alfalfa (sprouted), aquatic, Johnson, milkweed, Sudan, minus, wheat grass, white dover.

  • GRAINS: oat groats, barley, brown rice, buckwheat groats, chia, flax, millet, rye, vetch, wheat berries.

  • MISCELLANEOUS: bamboo shoots, fuschia plant, sorghum, wild hydrangea, yew tree (needles, fresh leaves).

Two rules of thumb: According to Dr. Krebs, the basic concept is that sufficient daily B-17 may be obtained by following either of two suggestions:

First, eating all the B-17-containing fruits whole (seeds included), but not eating more of the seeds by themselves than you would be eating if you ate them in the whole fruit. Example: if you eat three apples a day, the seeds in the three apples are sufficient B-17. You would not eat a pound of apple seeds.

Second, one peach or apricot kernel per 10 lbs of body weight is believed to be more than sufficient as a normal safeguard in cancer prevention, although precise numbers may vary from person to person in accordance with individual metabolism and dietary habits. A 170-lb man, for example, might consume 17 apricot or peach kernels per day and receive a biologically reasonable amount of Vitamin B-17.

And two important notes:

Certainly, you can consume too much of anything. Too many kernels or seeds, for example, can be expected to produce unpleasant side effects. These natural foods should be consumed in biologically rational amounts (no more than 30 to 35 kernels per day).

High concentrations of B-17 are obtained by eating the natural foods in their raw or sprouting stage. This does not mean that moderate cooking and other tampering will destroy the B-17 content. Foods cooked at a temperature sufficient for a Chinese dinner, for example, will not lose their B-17 content.







dipetik dari: www.rawatan-holistik.blogspot.com




Vitamin B17 - Anti Kanser di Astro Oasis

World Without Kanser / Dunia Tanpa Kanser

Tuesday, July 14, 2009

Testimoni Kebaikan Biji Aprikot







Biji Aprikot Tidak Mengandungi Racun!

Ramai yang menelefon saya akhir-akhir ini bertanyakan samada biji aprikot mengandungi racun yang boleh membahayakan diri pemakannya. Ok...sebenarnya biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang merbahaya. Biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17, apabila bertembung dengan sel kanser di dalam badan akan bertindakbalas dengan menghasilkan cyanide. Cyanide inilah kalau difahami secara kasar adalah sejenis racun.....Tetapi sebenarnya cyanide yang terhasil dari tindakbalas itu akan membunuh sel-sel kanser yang wujud didalam badan manusia. Perlu difahami bahawa cyanide yang terhasil dari tindakbalas Vitamin B17 dengan sel kanser adalah tidak sama dengan cyanide yang dikatakan racun itu. Mana-mana cyanide yang terbaki dari tindakbalas semulajadi diantara vitamin B17 dan sel kanser itu akan dineutralkan oleh hati. Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang tentang cyanide ini kerana ianya tidak merbahaya sama sekali. Malah cyanide ini tidak akan merosakkan mana-mana sel yang baik di dalam tubuh kita.

Kepada pengamal-pengamal biji aprikot, teruskan amalan anda....cuma perlu diingatkan disini, jangan memakan lebih dari 30 biji sehari bagi orang-orang yang normal. Bagi yang berpenyakit kanser, boleh memakan biji aprikot sehingga berjumlah 50-70 biji sehari. Untuk yang baru hendak mencuba, mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu. Jika sekiranya badan kita rasa OK, barulah tambahkan jumlahnya sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah yang disyorkan iaitu lebih kurang 10-15 biji 2 kali sehari. InsyaAllah, amalan memakan biji aprikot dapat mencegah diri kita dari diserang penyakit kanser. Biji aprikot bukan sahaja boleh membantu kita dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit kanser tapi juga telah terbukti dapat membantu mereka yang menderita sakit buasir, darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan lain-lain. Inilah keajaiban ciptaan Allah yang Maha Kuasa!

Cara Makan Biji Aprikot

Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya. Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Penggunaan biasa dan anti penuaan dan pencegahan kanser: 10-15 biji pagi dan 10-15 biji malam
  • Kecantikan: Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.
  • Kewanitaan: Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan malam sahaja ).
  • Pesakit kanser: Cara makan :10-15 biji di blender dengan 1 gelas air kosong dengan salah satu buah-buahan samada epal hijau, angur, pic, lobak merah. Paling di galakkan khusus bagi pesakit kanser atau barah adalah sebelum memakan biji aprikot makan dahulu buah nenas atau buah betik (15 minit sebelum). Minum di waktu dibawah ini:
  1. 4 pagi
  2. 8 pagi
  3. 12 Tengahari
  4. 4 petang
  5. 8 Malam
  6. 12 malam

Peringatan: jangan makan nasi sebelum pukul 12 tengahari. Minum banyak air kosong, iaitu sekurang-kurangnya 2 – 3 litre sehari. Untuk permulaan mulakan dengan dosej yang sedikit dahulu. Apabila badan rasa ok, baru di tambah sedikit demi sedikit sehingga tahap dosej dan kekerapan yang dicadangkan. Contoh: hari pertama, blend 10 biji aprikot bersama sebelah buah epal hijau (jangan buang biji nya) dan segelas air, minum 2 kali sehari. Hari kedua, 10 biji 3 kali sehari, Hari ketiga, 10 biji 4 kali sehari dan seterusnya sehingga menjadi 15 biji 6 kali sehari. Ini untuk mengelakkan dari badan “terkejut” dengan tindakbalas B17. (Kalau terasa pening/sakit kepala, cirit birit, demam, kurangkan pengambilannya sehingga badan ok semula.) Simpan stok biji aprikot di dalam peti sejuk supaya ianya tahan lama dan tidak berbubuk dan berkulat.

Kajian Dan Penemuan Tentang Biji Aprikot / Vitamin B17

Video 1 - Vitamin B17 dan Kanser




Video 2 - Vitamin B17 dan Kanser




Video 3 - Vitamin B17 dan Kanser





Video 4 - Vitamin B17 dan Kanser






Video 5 - Vitamin B17 dan Kanser





Video 6 - Vitamin B17 dan Kanser






Video 7 - Vitamin B17 dan Kanser






Video 8 - Vitamin B17 dan Kanser





Video 9 - Vitamin B17 dan Kanser


Kanser / Barah Payudara

Kanser Payudara

Kanser payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan kanser payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita.

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Sejarah Kanser Payudara

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC.

Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan "fire drill" (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser), konsep ini juga masih digunakan sekarang walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang terdapat pada Papyrus Edwin Smith, penyakit ini, tidak mempunyai cara untuk dirawat dan terdapat satu kes lelaki telah menghidapi penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak mampu merawat penyakit ini.

Tetapi, tidak lama kemudian, apabila pemahaman tentang sistem peredaran darah pada kurun ke-17, doktor telah berjaya memahami tentang hubungan antara kanser payudara dan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.

Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882. Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970an.

Jenis-jenis Kanser Payudara

* Ductal karsinoma
* Bak Lobul karsinoma
* kanser radang payudara
* karsinoma medulari
* Koloid karsinoma
* Papilari karsinoma
* Metaplastic karsinoma


Epidemiologi

Risiko mendapat penyakit kanser meningkat dengan usia. Bagi wanita yang hidup sehingga usia 90 tahun kemungkinan mendapat kanser payudara sepanjang usiannya sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orang. Lelaki turut diserang kanser payudara, walaupun risiko mereka adalah kurang daripada 1 dari 1000 (lihat seks dan penyakit). Risiko ini bergantung kepada faktor yang berlainan. Dalam sesetengah keluarga, terdapat risiko keturunan kanser payudara. Sesetengah kaum lebih berisiko tinggi mendapat penyakit kanser payudara - terutamanya, wanita keturunan Eropah dan Afrika lebih cenderung berbanding wanita Asia.


Faktor risiko lain yang telah dikenal pasti termasuk tidak mempunyai anak, anak pertama lambat, tidak menyusukan anak, haid (menstrual) pertama awal, menopaus lewat dan pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy).

Kebangkalian kanser payudara meningkat dengan peningkatan usia tetapi kanser payudara cenderung lebih aggresif apabila ia berlaku kepada wanita muda. Sejenis kanser payudara yang amat agresif dan kerap berlaku di kalangan wanita usia muda adalah kanser payudara keradangan - (inflammation). Ia pada awanya berlaku pada Tahap III atau IV (Stage IIIb or Stage IV). Ia juga unik disebabakan ia tidak membentuk ketulan, dengan itu tidak dikesan melalui mammografi atau ultrasonografi perubatan. Ia hadir dengan tanda dan simptom jangkitan payudara seperti (mastitis).

Dua gen, BRCA1 dan BRCA2, telah dikaitkan kepada bentuk biasa kanser payudara. Wanita dalam keluarga yang memiliki mutasi dalam gen ini mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser payudara berbanding wanita lain. Berserta dengan sindrom Li-Fraumeni (mutasi p53), kelainan gen ini membentuk sekitar 5% daripada kesemua kes kanser payudara, mencadangkan bahawa bakinya adalah tidak menentu (sporadic). Kounseling genetik (Genetic counseling) dan ujian genetik patut dipertimbangkan bagi keluarga yang mungkin mempunyai bentuk kanser warisan.

Alkohol merupakan faktor risiko kanser payudara yang lain. Wanita yang minum separuh gelas wain setiap hari meningkatkan risiko kanser payudara sehingga 6% sementara wanita yang minum dua atau lebih setiap hari meningkatkan risiko mendapat kanser payudara sehingga 37%.

International Agency for Research on Cancer (IARC) di Lyon, Perancis pada Jun 2005, menjemput 21 orang pakar sains daripada 8 negara untk menilai risiko kanser bagi mereka yang mendapat rawatan menopausal gabungan estrogen-progestogen dan gabungan pencegah kehamilan estrogen-progestogen. Kumpulan Kerja (Working Group) mendapati terdapat sedikit peningkatan perbandingan risiko pada pengguna semasa dan pengguna baru pencegah kehamilan gabungan. Risiko ini berkurangan bagi mereka yang tidak pernah atau berhenti melebihi 0 tahun. Pakar sains menggambarkan pencegah kehamilan gabungan estrogen-progestogen oral sebagai “karsinogenik kepada manusia”. Mereka juga mendapati peningkatan risiko kanser payudara yang sedang mendapatkan rawatan terapi menopausal gabungan, yang terhad kebanyakannya kepada pengguna semasa atau pengguna baru, meningkat dengan tempoh penggunaan dan melebihi berbanding wanita dengan terapi estrogen-sahaja. Kumpulan Kerja (The Working Group) mendapati bahawa terapi menopausal estrogen-progestogen gabungan sebagai “karsinogenik kepada manusia”.

Stage grouping:

* Stage 0: Tis
* Stage I: T1,N0,M0
* Stage IIA: T0-1,N1,M0 or T2,N0,M0
* Stage IIB: T2,N1,M0 or T3,N0,M0
* Stage IIIA: T3,N1,M0 or T0-3,N2,M0
* Stage IIIB: T4,any N,M0
* Stage IIIC: any T,N3,M0
* Stage IV: any T,any N,M1


Tahap kanser bergantung kepada faktor yang merangkum saiz tumour, sama ada terdapat pembabitan nod lymph atau tidak dan sama ada terdapat penyebaran sel kanser jarak jauh. Tahap merupakan gabungan TNM. Tahap I adalah tumor kecil (T1) tanpa penyebaran, sementara tahap IV adalah penyakit metastatic. Tahap berkait dengan prognosis jangka panjang, dan keputusan rawatan seringkali bergantung kepada asas tahap kanser.

Rawatan

Rawatan utama kanser payudara secara klinikal merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.

Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.

Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari kanser, menunjukkan kanser telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).

Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan sama ada (mengelak daripada) kanser merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.

Tetapi masih ada rawatan yang lebih berkesan dalam memerangi kanser ini iaitu rawatan alternatif. Rawatan alternatif ini termasuklan penggunaan herba-herba, meditasi dan sebagainya. Tetapi saya cadangkan anda ambil rawatan menggunakan herba-herba terutamanya Cendawan Merah dan buah Mengkudu.

Penyaringan

Akibat kejadian kanser payudara yang tinggi dikalangan wanita berusia, penyaringan kini dicadangkan di kebanyakan negara. Kaedah penyaringan yang dicadangkan termasuk pemeriksaan payudara diri (breast self-examination) dan mammografi. Hanya mammografi terbukti mengurangkan kematian akibat kanser payudara. Pada sesetengah negara mammografi (tahunan) bagi wanita berusia digalakkan sebagai kaedah penyaringan bagi diagnos awal kanser payudara. Ini bagi memastikan ia dikesan seawal mungkin dan dirawat pada peringkat awal.

Pada tahap ini mammografi masih merupakan pilihan terbaik bagi penyaringan awal kanser payudara. Ia merupakan piwaian emas bagi kaedah pengimejan lain seperti ultrasound, pengimbas MRI dan pengimbas CT yang kurang berkesan disebabkan resolusi ruang(spatial) yang lebih rendah. Pengimbas CT secara sendirian hampir tidak berguna bagi penyaringan kanser kerana pengimbas MRI memberikan resolusi dan kualiti lebih baik, tetapi dengan kos yang lebih tinggi.

Institut Kanser Kebangsaan A.S ([National Cancer Institute U.S. mencadangkan penyaringan mammografi dengan garis asas mammogram pada usia 35, mammogram setiap dua tahun bermula pada usia 40, dan kemudiannya mammogram tahunan pada usia 50. Wanita dengan sejarah keluarga mempunyai kanser payudara perlu memulakan penyaringan mammografi pada usia lebih awal, dan ia biasanya dicadangkan memulakan penyaringan pada usia 10 tahun lebih awal berbanding keluarga yang dikesan dengan kanser payudara.

Kanser payudara dikesan melalui mammografi biasanya lebih kecil berbanding yang dikesan secara klinikal, dan wanita yang menjalani mammografi lebih berkemungkinan layak bagi terapi mengekalkan payudara.

Diagnosis

Kebanyakan kanser payudara masa kini dikesan melalui mammografi sebelum ia cukup besar untuk berkembang (palpated), tetapi walaupun dengan usaha penyaringan, ramai wanita didiognosa mempunyai kanser payudara selepas mereka mengesan ketulan ataupun mengalami simptom akibat penyakit metastatik.

Kanser payudara boleh disyaki selepas sejarah klinikal teliti, pemeriksaan fizikal, dan pengimejan (samaada mammografi atau ultrasound). Diagnosis hanya boleh dipastikan apabila ketulan disyaki di biopsi untuk pemasian histologikal sama ada ianya malignant atau tidak. Biopsi biasanya dilakukan samaada dengan jarum halus dipandu oleh ultrasound atau dengan jarum "teras" yang lebih besar. Sesetengah kes memerlukan biopsi terbuka selepas pembiusan setempat selepas wayar menggunakan x-ray.

Lapuran patologi biasanya mengandungi gambaran jenis sel dan gred. Maklumat berguna lain disimpulkan dari laporan makmal patologi termasuk status penerima (receptor ) estrogen dan penerima (receptor) progesteron dan status HER2Neu; kesemua ini membantu memastikan jenis rawatan. Jenis sel kanser menyerang (invasive) paling biasa adalah infiltrating ductal carcinoma. Jenis lain termasuk ductal carcinoma in situ (DCIS), lobular carcinoma in situ (LCIS), infiltrating lobular carcinoma, medullary carcinoma.

Selepas diagnosa, fasa berikutnya adalah pemastian tumour - ia bertujuan bagi menimbang tahap tumour dan sama ada ia belum atau telah metastasis (merebak ketempat lain).

Staging

Untuk kes disyaki, berisiko tinggi, kaedah penyiasatan lain termasuk imbasan CT (CT scans), pengimej perubatan nuklear, X-ray dada dan ujian darah dilakukan bagi memastikan sekiranya berlakunya metastasis atau kanser kedua (secondary) yang merebak jauh daripada tempat tumor utama.

Cara piawaian mengkelaskan tumor adalah dengan memastikan tahapnya dengan menggunakan sistem TNM (Tumour, Node dan Metastasis), yang kemudiannya menentukan cadangan rawatan. Sistem TNM adalah khusus bagi setiap jenis kanser. Sesetengah ciri biological kanser seperti penerima estrogen dan HER2-neu gambaran oncogene juga ditentukan kerana ia turut mempengaruhi cadangan rawatan.

Pengkelasan TNM bagi kanser payudara:

* Saiz tumor:
o T0 tiada kanser utama dijumpai
o Tis in situ
o T1 =<> 0.1 hingga 0.5 cm
+ T1b > 0.5 hingga 1 cm
+ T1c > 1 hingga 2 cm

o T2 > 2 hingga 5 cm
o T3 > 5 cm
o T4 Dinding dada/kulit
+ T4a Dinding dada
+ T4b Oedema kulit (peau d'orange), ulceration, atau module kulit satelit (satellite skin modules)
+ T4c Kedua-dua 4a dan 4b
+ T4d Keradangan carcinoma

* Nodus limfa:
o N0 Tiada Nodus limfa
o N1 Axillari boleh gerak
o N2a Axillari kekal
o N2b seperti klinikal mammari dalaman
o N3a Infraklavikular
o N3b seperti klinikal mammari dalaman dengan penglibatan nod lymph
o N3c Supraklavikular nod lymph

* metastasis jauh:
o M0 Tidak
o M1 Ya



Dipetik dari www.teknosains.info