Monday, June 15, 2009

Pengenalan Tentang Biji Aprikot / Vitamin B17 Dan Kanser




Biji aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin. Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrisi, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. Vitamin B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan manusia dan haiwan.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada Vitamin B17. Ketiadaan Vitamin B17 di dalam diet pemakanan, kita boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari biji aprikot, Vitamin B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi Vitamin B17), biji epal, biji anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan banyak lagi.
Justify Full
Terdapat banyak cara yang kita boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satunya ialah dengan cara membina sistem imunisasi badan supaya tubuh menjadi sangat kuat dan dapat melindungi diri dari kanser. Satu lagi cara adalah dengan menggunakan makanan tambahan yang kaya dengan antioxidant yang dapat melawan carcinogens dalam badan kita. Bagaimanapun, Vitamin B17 menggunakan cara yang sangat unik iaitu dengan secara langsung menyerang sel kanser.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksin. Walau bagaimanapun dalam sebatian Vitamin B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide“. Ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya terhadap tisu hidup yang normal.

Perlu diingat disini bahawa pengambilan biji aprikot tidak boleh melebihi had yang telah ditetapkan.

Vitamin B17 dari biji aprikot akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Pada sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam Vitamin B17 dari biji aprikot iaitu cyanide. Maka cyanide ini akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam Vitamin B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. Vitamin B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.

Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser, lebihan cyanide tersebut akan memasuki aliran darah kita dan secara semulajadinya akan dineutralkan oleh hati. Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.


1 comment:

  1. Salam, nak tanya ibu menyusukan anak boleh ambil biji aprikot ni tak?

    ReplyDelete